Seperti yang aku nyatakan sebelum ini Karya penulisan Abdul Latip Talib merupakan salah satu penulisan yang aku yang aku minati, Disini aku ingin berkongsi lagi salah satu penulisannya iaitu "Salahudin Ayubi, Penakluk Jurusalem".
Sinopsis: Menceritakan tentang Salahudin Ayubi, merupakan pahlawan islam yang berjaya menakluk semula Kota Jurusalem melalui perang Salib. Dalam penulisan itu, pelbagai cara dan strategi bijak yang disusun oleh beliau bagaimana untuk menakluk semula Kota tersebut.
Ulasan: Kisah ini merupakan kisah fakta dan realiti dalam sejarah Islam, hanya penulisannya digarap supaya wujudnya interaksi atau dialog yang digunakan oleh penulis seolah-olah pembaca berada dalam situasi tersebut. Apa yang dipaparkan bukan sahaja untuk menarik minat membaca malah memberi kesedaran serta teladan kepada masyarakat islam tentang sejarah islam itu sendiri dan informasi siapakah itu salahudin Ayubi, apakah itu kota jurusalem dan lain-lain lagi yang sering menjadi tanda tanya khasnya masyarakat islam pada masa kini.
Sdr Nazri,
ReplyDeletesatu lagi entri.