Richard Olaf Winsterd
Secara ringkasnya Richard Olaf Winstedt(R.O Winstedt) merupakan salah seorang pengkaji yang terkenal dalam pengumpulan cerita–cerita sastera
rakyat sejak zaman British di Tanah Melayu. Beliau asalnya
merupakan seorang pegawai tinggi British di Tanah Melayu, tetapi minat
yang mendalam terhadap sastera Melayu
mendorongnya menerbitkan buku-buku sastera Melayu terutamanya semasa beliau
menjawat sebagai pegawai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris
Trainning College (SITC).
Banyak buku-buku yang diterbitkan serta dibukukan
oleh beliau, salah satunya buku A History Of Classical Malay Literature yang
menghimpunkan pengumpulan kisah-kisah sastera Melayu tradisional seperti Cerita
Jenaka, Cerita Hikayat, Puisi dan sebagainya. Hari ini aku ingin menghuraikan sedikit melalui pembacaan buku tersebut terutama berkaitan Sastera Rakyat.
*aku cadangkan buku ini dibaca, bermanfaat, penilaiannya terpulang pada anda.
Aku cuba memahami keseluruhannya buku tersebut walaupun penggunaan bahasa yang berbeza (B. Inggeris) menyebabkan pemahaman aku agak terhad tambahan pula bahasa yang digunakan adalah bahasa-bahasa sastera dan lama dalam konteks ayat. Apa yang aku dapat simpulkan melalui pengamatan aku,
R.O Winstedt membuat penilaian dalam bukunya yang menyatakan, keseluruhan pengisian di Alam Melayu ini dipengaruhi dari unsur-unsur luar seperti dari peradaban Hindu-Buddha, Parsi-Islam, Jawa dan sedikit dari China dan barat dalam pengumpulan kisah-kisah sastera melayu tradisional seperti Sastera Rakyat. Walaupun ada sesetengah mempunyai perbezaan dari segi watak dan keadaan, tetapi dari segi jalan cerita dan pengakhiran mempunyai persamaan. Winstedt juga seperti merendah-rendahkan minda masyarakat melayu dengan menekankan bahawasanya orang melayu tidak menghasilkan sastera sendiri, karya yang yang dihasilkan oleh penulis melayu juga, bukanlah seorang melayu yang tulen tetapi penulis yang mempunyai darah kacukan terutamanya dari India dan Arab.

Disini aku tidak bersetuju kenyataannya, ini kerana kajian yang lakukan tidaklah begitu
ilmiah, boleh dikatakan kesemua cerita-cerita ini mempunyai unsur yang kuat
dalam suasana kehidupan masyarakat
melayu terutama dari segi plot cerita dan watak. Walaupun ada mempunyai
persamaan di bahagian-bahagian tertentu ini adalah secara kebetulan, Kini
cerita-cerita ini telah mewarnai serta menjadi hak warisan masyarakat Melayu.
Untuk
menilainya, kita perlu melihat gambaran terhadap masyarakat terdahulu yang
melahirkan cerita-cerita tersebut, kemungkinan ia memberi gambaran serta
kewajaran kita dalam suasana, sikap serta maksud tersirat yang disampaikan. Hal
ini penting kerana sastera rakyat ini hakikatnya bukanlah kisah tersebut yang
menjadi kepentingan, akan tetapi memberi pengajaran, kewajaran, teladan dan
sikap murni yang ada dalam kisah tersebut perlu dimanfaatkan tambahan pula pengkaji-pengkaji kita pada hari ini tidak pernah mempersoalkan kewajaran Sastera Rakyat tersebut.
No comments:
Post a Comment