Selain dari pembacaan Novel dan Cerpen, aku juga ingin berkongsi buku koleksi Pelawak Ujang. "Aku Budak Minang" dan "Aca" merupakan terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd Di bawah jenama Gila-Gila.
Sinopsis: "AKU BUDAK Minang" merupakan karya kartunis tersohor Ujang. Dalam buku ini, ia mengisahkan perjalanan hidupnya dibesarkan keluarganya di Negeri Sembilan. Perjalanan yang berliku dari seorang anak kampung yang mempunyai semangat dan wawasan untuk mencapai kejayaan. Walaupun begitu terdapat halangan dan cabaran yang perlu ditempuhinya sama ada cabaran itu datang dari keluarga, rakan-rakan dan lain-lain lagi.
Sinopsis : "ACA" merupakan karya kartunis Ujang, boleh dikatakan buku ini merupakan sambungan kepada buku Aku Budak Minang. Dalam buku ini kebanyakkannya meceritakan riwayat ujang sendiri dam adiknya "Aca", dimana mereka telah dipinggirkan oleh adik beradik yang lain. Hanya Atuk, Ujang dan Aca serta rumah peninggalan keluarga mereka sahaja yang menjadi peneman setia.
Ulasan : jika kita membaca kedua-dua buku ini, kita tidak boleh lupa dengan kartunisnya Ujang, cerita yang bersahaja terutama dari segi gaya bahasa. Yang menarik, buku ini banyak mengisarkan kehidupan dan suasana kampung. Orang kampung yang berhijrah kebandar, masyarakat kampung yang mempunyai hasad dengki dan iri hati dan pelbagai lagi. Buku ini juga diselitkan dengan unsur-unsur membina, rajin dan baik hati. Yang lebih menariknya, buku ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi merupakan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Kartunis Ujang.
Kedua-duanya merupakan buku kesayangan aku..